MY PAST STORY WITH MY EX

6 tahun yang dulu iaitu pada tahun 2011 sehingga la penghujung Mei 2016, aku pernah berkenalan dengan seorang lelaki sebaya aku..
Dia seorang yang baik, down to earth, sopan santun, hormat orang tua, rajin menuntut ilmu, gemar sibukkan diri dengan persatuan..
Kiranya memang perwatakan dia ni terlalu berbeza dengan aku yang macam tak ada life ni..


Boleh dikatakan, bertuah la aku dapat dia dulu..
Kawan-kawan rapat yang tahu tentang kami, semua rasa macam kami ni memang dah tertulis untuk bersama..
Buan diorang je rasa macam tu, aku pun sama..


Seriously, kalau ada pertelingkahan ke apa ke, tak pernah gaduh teruk-teruk.
Habis-habis pun masing-masing sekadarr senyap untuk 2 3 hari dan akan hubungi semula dan cari cara untuk menyelesaikannya..
Aku dulu rasa dia ni macam,
"He's the one"

Tapi ternyata aku silap..
Sampailah bulan Syawal tahun lepas, dia slowly jauhkan diri dia dari aku..
Aku pelik la kenapa out of sudden dia macam tu..
Tapi, tak pulak aku nak tanya ke apa ke, sebab aku lawan prasangka aku ni dengan menganggap dia busy study, busy berpersatuan..
Walaupun kadang-kadang ada la rasa macam dia memang dah tak nak apa-apa dengan aku..


Oh ya, dia merupakan seorang student medic dan belajar di Mesir..
Jadi, kalau dah ambil jurusan perubatan ni, faham-faham la sibuknya macam mana..
Tambah-tambah bila ditambah dengan keaktifan dalam persatuan..
Memang over busy..


Sampai la tahun ni, iaitu dalam bulan Mei, birthday dia 2nd of May, aku wish macam biasa..
Time tu memang aku dah tawar hati yang teramat-amat sangat..
Aku wish, "Happy birthday",
Tapi tak ada reply langsung..
Tak ada respond..
Aku betul-betul rasa tak dihargai langsung..
At least hargailah aku sebagai seorang kawan kalau dah memang betul tak ada simpan apa-apa rasa lagi pada aku ni..


Sedihla, sebab aku tak pernah luahkan apa-apa yang aku alami pada sesiapa pun walaupun pada kawan baik aku..
Sebab aku jenis suka meluah melalui penulisan..
Aku decided untuk tulis apa yang aku rasa dekat blog aku yang lagi satu tu..
Aku luahkan segala apa yang dia rasa and aku minta sesiapa yang nak bagi pandangan atau nasihat tentang permasalahan aku, kindly WeChat aku..


Dan di sinilah aku berkenalan dengan seseorang..
Nama username WeChat dia pelik gila..
Macam orang jahat je aku rasa..
Hahaha..


Dia add aku di WeChat..
Aku teragak-agak pada mulanya, sebab aku tak accept lelaki di mana-mana laman sosial aku..
Jadi, aku accept jugak la atas asbab betul-betul aku nak dengar point of view dia..


First time kenal tu, dia suruh aku pertahankan apa yang kami dah mulakan..
Ya la kan, perkenalan 6 tahun, it's not that easy..
Takkanlah mudah-mudah je nak give up macam tu je..
Aku lawan kata hati aku walaupun dah setahun aku banyak makan hati..


Kadang-kadang dah rasa memang macam dah tak ada perasaan langsung..
Kadang-kadang ada muncul rasa benci..
Kadang-kadang, muncul judgmental mengatakan semua lelaki tu sama..
Ahhhhh, macam-macam lagi la..


Tapi, kawan WeChat aku tu ada cakap,
"Sesibuk mana pun seseorang tu, dia tetap akan pegang handphone"

Dia ni jenis faham jugak la aku..
Pemikiran yang jauh lebih matang dari aku yang childish..
Mungkin sebab umr kawan aku ni 33 tahun..
Was born in 1983..
Memang kalau nak discuss any issues gerenti differ punya la..
Sebab aku fikir dalam konteks yang kecik..
Tapi, dia berfikiran jauh dari orang biasa berfikir..


Oh ya, kawan WeChat aku tu doktor..
Seorang Doktor Pakar Perunding Bahagian Sakit Puan...
Gred UD52..
Jadi, macam kebetulan la kiranya..
Umpama dia boleh faham aku since dia doktor and my ex pula doctor gonna be..


Dalam 2 minggu aku kenal doktor specialist ni,
Aku pun decided untuk minta kata putus dari ex aku..
Sama ada dia nak teurskan lagi ataupun sebaliknya..
Time tu memang aku dah pasrah habis..
Kalau ada, ada la..
Kalau tak ada pun tak apa..
Allah knows best..


Tapi, seriously, hati aku time tu memang mengatakan yang ex aku memang nak putuskan hubungan kami..
Dan hati aku pun dah tak ada rasa apa dah..
 Memang tak ada perasaan langsung dah aku waktu tu..


Dan precisely, memang dia putuskan hubungan kami yang dah 6 tahun terbina tanpa ada sebarang sebab..
Kalau dari sudut agama, tak ada jodoh la orang kata..
Dan aku tak rasa sedih langsung..
Nak nangis pun tak..
Sebab memang dah macam zombie tak berperasaan langsung..


Selama ni, aku rasa aku kenal sangat dah dia..
Dah boleh terima dan tahu baik buruk, kelebihan dan kelemahan dia..
Tapi, lepas officially putus dulu, aku baru terasa yang aku sebenarnya masih tak kenal dan tak tahu apa-apa tentang dia..
How stupid I was, back then..


"To be continued"

Written By Siti Khadijah Halil