ALIF, SETAHUN 3 BULAN

17 haribulan ni, genap umur Alif 1 tahun 3 bulan.
Dah pandai berlari.
Ligat dia tu, jenuh nak kejo.


Sekarang ni dia baru nak belajar bercakap.
Kadang-kadang, macam reti pula menyahut.
Bila ditanya, "Mahmudi nak makan ke?"
Dia pun jawab, "Heh"


Bab panjat memanjat memang nombor satu.
Nak jadi Spiderman gamaknya.
Bab selongkar barang, dialah heronya.


Setiap minggu wajib bawa dia keluar.
Supaya dia kenal orang sekeliling dia.
Supaya dia tak takut dengan orang.


Kalau jarang bawa keluar, mulalah menangis bila jumpa orang.
Walaupun orang tu family sendiri.
Sekarang dia dah okay sikit berbanding dulu.


Kalau dulu, waktu jarang-jarang bawa dia keluar rumah ni, memang kerja dia nak berkepit je dengan aku.
Orang ambil je dia, merengek-rengek nangis.


Sekarang ni, kalau anak-anak buah jaga pun dia okay.
Lagi seronok kalau ada orang dukung dia, bawa dia jalan-jalan.


Anak-anak buah aku baik yang lelaki mahupun perempuan, semuanya suka budak-budak.
Jadi, bila pergi mana-mana je, diorang la yang jaga Alif.
Termasuklah tidur.
Alif tidur dengan diorang.


Diorang cuma akan bagi Alif pada aku jika Alif lapar nak susu je.
Anak lelaki ni buas dia semacam.
Memang penat jaga.


Aku tak tau la anak perempuan lebih behave ke apa.
Sebab takde pengalaman lagi.
Orang tua-tua la selalu cakap macam tu.
Belum lagi time menyusu.
Macam-macam gaya kuak lentang berirama ada.


Kalau orang tengok pun, pelik betul gaya anak aku ni menyusu.
Gaya macam kambing tonggeng-tonggeng pun ada.
Kalau dia menyusu baring atas aku pula, kaki dia dekat muka aku 😑😑


For now, cukup seorang je la.
Tunggu 10 tahun lagi baru fikir.
Lagi pun, lepas Alif ni dah besar sikit, dah boleh fikir baik buruk, boleh la aku rest sat.
Rest dari kepenatan jaga budak.
Tapi tu la, bila dah makin besar ni, makin rindu kebuasan dia.


Kalau dulu dia selalu buat bunyi ayam nyaring dia tu, sekrang takde dah.
Kalau dulu, Alif selalu buat bunyi motor setiap kali dia tengah bermain, sekarang tak ada dah bunyi-bunyi tu.

Written By Siti Khadijah Halil

KAWAN-KAWAN

Teringat waktu dalam berpantang dulu.
Kak Bie dan adiknya melawat aku.
Kawan-kawan sekolah aku pun ada yang datang melawat aku dan Alif.


Banyak juga la membawang dengan Kak Bie.
Waktu pantang tu la, Kak Bie bagi kad jemputan.
Bagitau yang dia nak kahwin.


Adik Kak Bie ada yang belajar di AIM.
Adik dia cerita yang Ustaz Khai still ada tanya pasal aku dengan Kak Bie.


Teringat dulu lepas habis belajar sana, ustaz ada text personal, just in case kalau aku ingat dia dalam 4 5 tahun akan datang, contact la dia.
Aku cuma anggap tu peringatan supaya aku tak lupa jasa guru.
Walaupun pernah je ditawarkan untuk menjadi madu.
Hahaha.

Macam-macam.
Dulu kami masih berperangai macam budak-budak.
Tak matang.


Well, orang kata perempuan memang sentiasa kanak-kanak.
Aku akui sampai sekarang aku ni tak matang pun.
Macam budak-budak.


Di mata kawan-kawan perempuan, diorang ingat aku cool 😎, relax walaupun dalam keadaan panik.
Hakikatnya, aku punya gabra, clumsy diorang tak nampak lagi 😂


Tu semua zaman budak-budak.
Masing-masing dah dewasa sekarang.
Yang perempuan pun ramai yang dah kahwin.
Yang lelaki yang dahulunya tak matang pun, dah ramai yang dah mendirikan rumahtangga.


Cuma budak sebilik aku je yang ramai tak kahwin lagi.
Masing-masing dengan kerjaya masing-masing.


Ada yang baru lepas grad.
Yang dah kahwin Kak Bell, Kak Bie, Jiha, Zinnierah (aku tak rapat dengan dia - budak ISMA).


Tapi dalam banyak-banyak ni, yang aku rajin mesej pun Tirah je.
Ada je benda nak berceloteh.
Tunang Tirah, Najmi meninggal.
Pada hari yang sama aku bertunang dulu.


Serba salah waktu tu.
Nak happy sangat pun ada kawan tengah sedih.
Tapi takde la happy mana pun.
Aku rasa biasa je walaupun saat tu cuma one step closer.


Lepas tu, kawan sekolah aku pula datang melawat aku.
Aku rapat dengan dia since form 3.
Anis Adibah namanya.
Dia cikgu.


Tak sangka Diba dah kahwin.
Sebab Diba ni di antara perempuan yang tak rapat dengan lelaki.
Biasa la.
Time tu sekolah lagi.


Nak rapat-rapat buat apa.
Takde faedah.
Kawan sekelas aku pun ramai yang dah kahwin.


Yang dah ada anak pun ada juga.
Semua dah bermastautin di tempat orang.
Apa-apa pun aku happy untuk kawan-kawan aku 😊

Written By Siti Khadijah Halil