LATA BAYU, BALING

Semalam bersaman 11 Februari 2019 kami berkelah di Lata Bayu, Baling.
Kami bercadang untuk bertolak sesudah subuh iaitu pada jam 7 pagi.
Jadi, pada jam 5.30 pagi aku dah keluar dari rumah.


Cadangnya tunggu di Pokok Sena.
Jarak dari Alor Setar ke Pokok Sena ialah 20 kilometer.
Kami tiba di Pokok Sena, tepat-tepat pada azan subuh.
Jadi, kami terus ke masjid.
Sebelum ke masjid, singgah di 7 Eleven yang terletak bersebelahan dengan masjid.


Aku pun pergi solat berjemaah.
Eh tak la.
Tak solat jemaah pun.
Waktu aku ambil wudhu' imam dah rakaat kedua.


Biasalah perempuan bila ambil wudhu'.
Nak kena buka handsocks, stokin, tudung, purdah.
Ambil wudhu' lepas tu hadap cermin.


Tengah hadap cermin tu, belek muka.
Kot ada jerawat ke blackhead ke whitehead je.
Picit-picit dulu apa yang patut sampai berbekas.
Bila dah berbekas mulalah detik penyesalan,
"Ahhh menyesal aku picit muka aku. Kan dah buruk!"

Belum lagi tetiba datang rasa nak membuang tapi masih lagi boleh fikir sama ada nak membuang atau nak teruskan menyimpan.


Itulah perempuan.
Complicated!
Sampai aku sendiri pun tak faham perangai perempuan ni cemana.


Aku solat bergilir-gilir.
Mula-mula aku solat, then suami aku pula.
Tukar-tukar untuk jaga anak.




Aku tunggu di pondok masjid ni bersama anak aku.
Time ni aku dah solat.
u Tengah tunggu suami aku pulak.


Lepas solat pergi minum pula.
Ya la, sebelum keluar rumah tu aku dah makan banyak dah.
Bukan makan dah, tapi dah dikira tahap melantak.


Orang kata kalau dah kahwin, mana makanan isteri yang tak habis dimakan, suami akan tolong habiskan.
Tapi tu la, aku punya portion nasi pun 2 orang makan, nasi suami aku pun aku tolong habiskan.


Lepas makan stress.
Takut gemuk.
Lepas stress, badan naik, gemuk.
Bila gemuk, stress lagi.
Pastu makan banyak-banyak balik.
Diulang-ulang scene sebegitu sampai bila-bila.


Tapi kan, ada sebab tau kenapa perempuan kuat makan.
Perempuan kuat makan sebab memang dia suka makan la.
Takkan itu pun aku nak kena ajo.


Lepas selesai solat, kami pergi minum.
Minum je la.
Kan dah kenyang makan tadi.


Tengah syok melayan perasaan sambil menangis waktu minum tu, tetiba anak buah aku call.
Katanya diorang dah tunggu dekat kedai.


Aku apa lagi.
Terus membuat pecutan terakhir dalam acara menyedut milo ais.
Lepas minum, terus chow dari kedai mak cik tu.
Silap tak beli nasi lemak daun pisang untuk dibawa sekali.


Sampai di kedai, semua dah ada.
Diorang ambil barang di kedai.
Makanan dan lain-lain barang.
Briefing sekejap pastu gerak.


Budak-budak ni aku rasa semua tak mandi.
Masing-masing memang nampak macam tak mandi je rupanya.
Hahaha.


Kononnya nak gerak pukul 7 pagi, lastly jadi 8.30 pagi.
Haa tepuk!


Perjalanan dari Alor Setar ke Baling dalam 104 kilometer.
Lebih 2 marhalah.
Jadi boleh jamak.


Alif tidur je la dalam kereta.
Kami pun memulakan perjalanan.
Oh ya, selain kami, ada lagi satu family yang ikut sekali.
Iaitu family pekerja kakak ipar aku.


Dia ada anak seorang.
Sebaya Alif.
Cuma Alif tua sebulan sahaja dari anak dia.
Anak aku dijaga oleh anak-anak buah aku.
Pergi balik diorang jaga.


Dalam jam 10 pagi macam tu, kami sampai di Lata Bayu, Baling, Kedah.
Boleh tahan jauh.
Memang set perjalanan dalam 2 jam pergi.


Ni betul-betul dekat parking lot.

Mengikut Al Fadhil Ustaz Google Ibn Almarhum As Safari via Iphone, dia kata Lata Bayu ni ada facilities yang lengkap.
Suami aku kata tempat ni di bawah pengelolaan kerajaan negeri.


Tak expect tinggi pun la bila di bawah penjagaan kerajaan ni.
Especially ialau tempat rekreasi macam ni.
Katanya ada toilet, surau, bilik persalinan, chalet , gerai makanan dan parking lot yang luas.
Dalam banyak-banyak facilities yang ada, aku rasa yang betul-betul elok pun gerai makanan dengan parking je la.


Port berkelah kami dekat atas sekali tu.
Bapak tinggi gila.
Aku bawa backpack dan dukung Alif untuk naik ke atas tu.
Suami aku pula, bawa beg macam beg balik kampung tu bersama dengan sleeping bag.


Dah la tinggi mencanak port nak berkelah tu.
Dengan beg yang berat lagi.
Bayangkan kalau aku bawak almari naik ke atas tu.
Kakak ipar aku yang sakit lutut tu pun gagah naik ke atas sana nun.


Tapi tu la.
Dalam backpack πŸŽ’ aku tu pun benda merapu yang aku bawa.
Ada headphones 🎧 dan siap ada adaptor phone.
Dah kenapalah aku bawak adaptor tu ke sungai?


Ke aku fikir aku boleh cucuk adaptor tu dekat pokok tu lalu ianya akan menjadi janakuasa hidroelektrik?
Ni nasib baik suami aku tak tahu aku bawak menatang tu.
Kalau tak, habis ke tahun depan dia menganjing aku.


Port kita orang nak berkelah tu terletak di seberang sungai dari tempat kita orang naik.
Aku memang tak expect nak kena meredah sungai yang sungguh dalam.
Dah la aku tak bawa baju spare apa pun.


Nasib baik la aku pakai kasut sukan cap Adidas.
Kalau dibuatnya aku pakai kasut boots πŸ‘’?
Jenuh aku.
Dah la bertumit bagai.
Habis berlemuih, kotor kasut aku yang tak kena majlis tu.


Jadi, aku bagi Alif pada suami aku sebab suami aku dah selamat menyeberang sungai tu.
Aku di sini menunggu dan di sana masih menanti.
Ewah!


First, aku simpan henfon dalam backpack πŸŽ’
Aku tak nak la henfon aku jatuh dalam sungai.
Nanti rosak satu hal pulak aku stress nanti makan lagi banyak pulak.


Aku tanggal kasut dan bagi pada suami aku.
Aku seberang pakai stokin je.
Takut licin.
Tahu je lah batu sungai.
Kadang-ladang berlumut.
Licin.


Dalam juga sungai tu.
Had betis.


Berlemuih seluar aku.
Dah la pakai warna putih.
Nak jadikan pakaian solat pun rasa serba salah.
Pasal tak bersih.


Tapi aku ada terbaca satu hadis.
Kisah perempuan lalui pasar yang berbecak.
Lepas tu, Nabi SAW kata lalukan air pada kesan becak tu dan boleh solat macam biasa.


Okay, sampai je di port berkelah tu, ada la pondok kecik.
Pondok cendawan tu la.
Terus bentangkan tikar.
Ada yang tidur, berehat.
Ada yang pergi merayap tengok sekeliling.


Kata nak terjun pagi-pagi.
Hmmm, sembianggggggg!
Masing-masing sejuk.


Alif dari pagi tidur.
Lepas je dia bangun tidur, dia nampak sungai terus nak terjun.
Laju je dia pergi.


Dia memang suka main air.
Waktu di rumah pun, kalau ajak dia mandi, dialah yang paling excited sekali.
Nak mandi lagak macam budak kecik.
Nak mandi dalam bathtub baby tu.


Kalau tak bagi, dia nak masuk dalam baldi.
Kalau buka shower 🚿, lagilah dia suka.
Dengan senangnya dia berdiri bawah shower dan mandi macam orang besar.
Dia pergi basuh rambut dia, basuh badan.
Tak payah susah-susah nak mandikan dia.


Cuma kenalah perhatikan dia.
Budak kecik kan.
Air ni memang dia anggap mainan dia.
Dia tak tau lagi bahayanya cemana.


Opps! Dah off topic jauh sangat ni.
Okay, back to our main topic.


Lepas bentang tikar, aku terus baringkan anak aku atas tikar.
Bagi dia tidur.
Tak nak la bagi dia mandi pagi-pagi sangat.
Sejuk.


Tunggu tengah hari sikit baru mandi.
Mandi di bawah sinaran matahari.
Supaya tak terlalu sejuk.
Tapi bila dia bangun tidur.
Tudiaaaaa!
Terkinja-kinja nak main air.



First time mandi sungai.
Time ni nak cuci muntut dia.
Ingatkan dia berak.
Rupanya tak berak pun.


Tu pun kalau ikutkan hati dia, tak nak orang pegang tangan tu.
Nak main sendiri-sendiri.
Ambooooi!


Lepas mandi seround, Alif dijaga oleh kakak ipar aku dan anak buah perempuan aku.


Bersama anak buah aku. Makan mangga.

Bersama kakak ipar aku

Time ni dah siap tukar pampers.
Dah sejuk menggigil.
Lepas tu, dia pun tidur.


Lena dah!

Sejuk.
Cukuplah berpampers je.
Haha.


Time ni dah jam 1 tengah hari, time untuk lunch.
Kakak ipar aku yang masak semuanya.
Masak gulai ikan (kari ikan), ayam masak hitam, sambal belacan dan sedikit ulam-ulaman.
Makan sampai kenyang.


Lepas makan, aku terasa nak ke tandas.
Unfortunately, tandas tutup dan berkunci.
Jarak dari port kami ke tandas dalam 700 meter.
Pergi-pergi tutup.


Anak-anak buah aku 5 orang dekat bawah nak pergi toilet.
Diorang tegur aku tanya aku nak pergi mana.
Aku cakap la nak ke tandas.
Diorang kata tandas kunci lagi.
Aku pun naik atas balik.


Waktu nak naik tu, aku berselisih dengan madu kepada kakak ipar aku yang juga ingin ke tandas.
Aku kabo dah tandas tutup.
Pastu, tak tahu la dia pergi ke mana.


Aku teruskan naik ke atas.
Nampak dah suami aku.
Aku ingat dia nak bebel pada aku sebab aku turun ke tandas seorang diri tanpa beritahu dia terlebih dahulu.
Tapi dia tahu aku memang nak buang air.


Rupanya, sampai je dekat tangga yang nak didaki ni, dia dok menganjing aku terjelir-jelir sambil bernafas.
Dia ejek aku sebab aku ni kan cepat mengah.
Kuang hasam.


Lepas aku sampai di port kami tu, aku berehat kejap.
Terus ambil telekung dan terus ke surau.
Dekat surau tu pulak, mengucap panjang aku.


Ada tempat wudhu' tapi tak ada kepala paip.
Tempat ambil wudhu' tu pun kotor.
Ni keadaan surau.
Kotor sangat.
Aku tak tahulah apa benda yang diorang ni calit pada dinding surau ni.
Kotor dan smelly.

Ni tempat wudhu' wanita.
Ada tempat wudhu' tapi tak ada kepala paip.
Dalam tu pun kotor.


Aku suruh suami aku isi air dalam baldi untuk aku ambil wudhu'.
Paip air ada di luar.
Air hitam keruh semacam je.
Geli aku nak berkumur.


Banyak cengkadak pulak aku ni.
Tu air mutlak jugak tu.
Sumber sungai tu jugak.
Aku ambil wudhu' dekat pintu tu je.


Geli aku nak masuk dalam tu.
Tak taulah kotoran apa tu.
Takkan aku nak jilat pulak untuk ketahui tu kotor apa.
Kalau ada kepala paip ni, dah lama aku cuci dalam tu.


Bukan besar mana pun.
Sikit punya hal la kalau nak cuci sorang-sorang pun.
Tempat solat kot, tak sepatutnya jadi macam ni.

Ni tempat solat perempuan.
Seram.
Plus smelly.

Serious talk, nampak macam dah jadi tempat orang buat maksiat.
Setiap kali aku rukuk dan sujud, mesti terhidu bau ketiak bangla.
Bau kepam yang semacam dekat dalam surau ni.


Bahagian lelaki okay lagi.
Tak seteruk bahagian jemaah perempuan ni.
Hantu pun tak nak singgah sini aku rasa.


Lepas je aku solat jamak, aku siap-siap keluar surau.
Aku ajak suami aku pergi ke tandas.
Ahhhhh! Sekali lagi, tutup berkunci.


Memang dari pagi sampai ke zohor tutup berkuncinya.
Eh, baik robohkan terus je la.


Aku pun naik balik ke atas.
Anak aku dekat atas.
Takut la dia nangis nak susu ke apa ke kan?


Jauh jugak aku tinggalkan dia dengan kakak ipar aku.
800 meter perjalanan naik.
Nak mendaki tangga yang mencanak tu la yang paling penat pun.


Sampai di pondok kami tu, anak aku tidur lagi.
Takpe lah.
Aku pun berehat.
Penat.


hen, anak-anak buah aku pun naik atas.
Aku baru sampai dekat pondok tu kot.
Anak-anak buah aku bagitau tandas dah bukak.
Eeee, tak guna!


Time aku nak guna dia tutup.
Dah naik ke atas, dia bukak pulak.
Aku tahan je la sampai balik.
Anak aku yang tidur tadi pun dah bangun.


Bangun-bangun je terus nak terjun dalam sungai.
Suami aku terus bawak dia pergi mandi.
Syoknya dia, main pasir sungai.










Alif tak boleh mandi lama-lama.
Walaupun dah tengah hari, tapi air sungai memang sejuk.
Mandi pun kena sambil berjemur bawah matahari.
Nak elak hypothermia.


Kalau tak silap aku tu lah term yang suami aku sebut semalam.
Kalau aku masih belum pekak la.
Menggigil je, terus nawak naik ke darat.


Tapi budak.
Mana puas main sekejap.
Cuma, as parents, tak boleh ikutkan sangat kehendak anak.


Dalam jam 4 petang macam tu, dah mula kemas-kemas.
Aku pun kemas barang-barang aku.
Supaya tak ada satu pun yang tertinggal.
Sampah pastikan tak buang merata-rata.
Kena jaga kebersihan alam sama.


Turun je ke bawah, macam biasalah.
Aku dengan backpack πŸŽ’ dan dukung Alif πŸ‘ΆπŸ»
Dia seronok je gelak-gelak.
Yang aku ni punyalah jenuh nak dukung dia yang semakin hari semakin berat tu.


Sampai di parking lot, terus masukkan barang dalam kereta.
Then, diorang ada order bihun sup dan laksa.
Aku tak makan sebab aku ni memang jarang nak makan makanan yang berkuah-kuah ni.
Kena ikut mood.
Bila teringin baru makan.


Aku jaga Alif πŸ‘ΆπŸ» sementara suami aku makan bihun sup.
Suami tak makan laksa.
Tak suka.


Lepas suami selesai makan, aku ke tandas.
Aku pergi dengan tenang.
Tandas terletak di hujung hutan tu.
Hujung beno.


Tandas 50 sen.
Okay la, bersih.


Tandas tu pun muat-muat aku je.
Kalau kakak ipar aku nak ke tandas, memang tandas tu akan cakap, "Sorry, please try later" rasanya.
Dah selesai membuang apa yang patut, aku pun naik ke parking lot dengan relax 😎


Aku memang dah tingtong teruk dah.
Kaki aku jadi menggeletar.
Macam nak pitam pun ada rasanya.
Diorang pun dah selesai makan, kami pun bergerak balik.


Ingatkan dah selesai semua, terus balik la.
Rupanya ada menyinggah-nyinggah pulak.
Singgah rumah kawan perempuan kepada anak buah bongsu aku.
Tapi perasaan aku rasa macam tengah hantar rombongan meminang pulak.
Hahaha.


Ya la, aku dulu pun jenis suka memperkenalkan kawan-kawan pada keluarga aku.
Tapi, sekadar kawa saja la.
Tak ada la dengan family-family kawan tu sekali diangkut dan diperkenalkan pada family aku.
Tu yang aku rasa macam pergi meminang orang tu.


Sebab situasi anak buah aku ni, sampai keluarga perempuan tu pun datang rumah dia.
Hahahaha.
Tak tau la kenapa rasa geli hati πŸ˜‚
Jahatnya aku gelakkan orang.


Dekat rumah pak cik dan mak cik tu, kami dihidangkan roti jala dan pulut manis.
Sedap.


Then, selesai semua, kami pun gerak balik ke Alor Setar.
Sebelum balik Alor Setar tu singgah Pokok Sena dulu.
Kami dinner.
Aku dan suami minum je.
Sampai Alor Setar baru beli lain.


Di sini aku selitkan beberapa view dekat sana. Lawa juga la.








Written By Siti Khadijah Halil

AIB

Aku ada tulis satu post.
Tapi aku rasa post tu penuh dengan aib.
Berkisahkan hal keluarga besar aku.


Teragak-agak jugalah nak publish post tu.
Tapi, time aku baru nak publish tu, aku scroll Twitter sambil-sambil.
Then, penuh la tweet pasal aib.


Penuh peringatan buat aku rasanya tweet-tweet di Twitter tu.
Aku pun rasa entry yang dalam draft tu ada aib juga.
Jadi, tak jadilah aku nak publish.


Jaga aib orang lain, nanti Allah SWT jaga aib kita kan?

Written By Siti Khadijah Halil