THREATENED MISCARRIAGE

Alkisahnya bleeding.. 
Time tu dok syok main game sambil meniarap.. 
Tetiba bleeding.. 
4 5 hari jugak la bleeding.. 
Tapi, tak rasa sakit apa pun.. 


Time tu dekat nak Maghrib.. 
Pastu, terus call suami bagi tau ada pendarahan.. 
Suami balik rumah.. 
Tapi, time tu suami tak habis waktu kerja lagi.. 
Jadi takpa.. 
Suami pergi balik kerja.. 
Aku pun malas nak ke hospital sebenarnya.. 


Malam tu lepas dinner, dalam pukul 12 malam macam tu, pergi hospital.. 
Lama jugak la.. 
Jam 5 A.M baru sampai rumah.. 


First, check tekanan darah.. 
Tekanan darah rendah.. 
Tapi, boleh gagah la.. 
Tak rendah sangat..


Pastu, doktor panggil masuk.. 
Doktor check scan tu scan ni buat ultrasound.. 
Tapi, time tu memang MO yang check tapi dia pun tak berapa arif.. 
Bukan bidang dia.. 


Then, dia panggil another MO lelaki.. 
MO laki tu kata ada 2 ni.. 
Banyak kali dia ckp.. 
Aku pun macam excited gila walaupun saiz baby tak sampai sejengkal.. 
Hahaha..


Memandangkan both bukan pakar dalam bidang obs ni, jadi depa minta consult pakar pada 3 hari selepas malam tu.. 
Sesi soal jawab depa dengan suami.. 


Suami tanya vital point ETC menggunakan term medical yang I sendiri tak faham.. 
Tapi, lain pula yang dijawabnya..


Hari appoinment pakar pun tiba.. 
So check la.. 
Check, baby sihat.. 
Doktor kata, 96 - 97 percent baby sihat.. 
Memang sangat aktif.. 


Punca pendarahan pun tak tahu.. 
Tapi, rasa-rasanya sebab meniarap lama sangat kot.. 
Mungkin macam push perut yang makin memboyot ni..


Dan HB darah pun mungkin rendah.. 
Suami pun ada ckp yang aku mungkin ada masalah darah.. 
Antara benda yang kagum dengan suami sendiri, dia tengok badan je, dah tahu ada masalah kesihatan sekian-sekian.. 
Uishh power..


Then, doktor bagi ubat untuk kuatkan rahim.. 
Pastu tengok dekat farmasi pun ramai sangat orang.. 
Jadi, cadang ambil esok je la ubat.. 
Tak ada la nak beratur berakar lama dekat situ..


Esoknya pun datang la.. 
Hari Rabu time tu.. 
Memang tak ada orang.. 
Jadi, pergi la ambil ubat.. 
Malangnya pihak farmasi kata doktor yang rawat aku tu terlupa nak order ubat dekat farmasi.. 
Jadi, pihak farmasi tak boleh bagi ubat sesuka hati meskipun ada surat dari doktor yang merawat..


Jadi, kene datang pagi so that boleh jumpa doktor tu atau pihak farmasi call doktor tu untuk pengesahan supaya boleh bagi ubat la.. 
Memandangkan malas dah nak pergi hospital ulang tu ini, sampai la ni tak makan ubat.. 


Lepas je appointment EPAU ni, malam tu aku bleeding balik..
Tapi, sekejap je..



To be continued

Written By Siti Khadijah Halil

MOMMY TO BE

Aku telah disahkan hamil pada bulan Februari yang lalu..
Last period aku pada 8th Februari..
Jadi, jangkaan usia kandungan yang berada di dalam rahim aku ini berkemungkinan berusia 6 bulan..


Doktor pun tak sure usia kandungan aku sebab kandungan aku nampak sedikit besar dari usia..
Dan due date pun berkemungkinan awal dua minggu dari jangkaan doktor..


Kalau ikut perancangan aku dan suami, kami mahu merancang untuk tidak mempunyai anak di awal usia perkahwinan..
Nak enjoy dulu setahun dua dan selepas tu barulah plan untuk mempunyai anak..


Tapi, apakan daya..
Kita hanya mampu merancang dan Allah juga merancang untuk semua hamba-hambaNya..
Rezeki Allah nak beri, jadi ambil saja la..


Orang lain ada yang bertahun berusaha untuk dapatkan anak..
Tapi, ada yang diberikan ujian kesihatan..
Dan ada juga yang masih diizinkan Allah SWT..


Kandungan aku sihat alhamdulillah..
Baby tersangatlah aktif..
Kejap ke kiri, sekejap ke kanan..
Ada sekali tu pergi scan, baby sedang melambai-lambai..
Tak sabar nak jumpa kami gamaknya..
Hahaha..


Dalam fasa mengandung ni, 
Aku menghidapi anaemia..
Iaitu haemoglobin (Kepekatan darah merah) dalam darah tersangatlah rendah..
Almaklumlah, dulu seorang..
Sekarang badan dan darah share untuk dua orang..


Doktor kata, uri aku ke bawah sikit..
Tapi, by time insyaaAllah uri akan naik dan kembali normal seperti sedia kala..
Doktor beritahu lagi, untuk ibu mengandung buat pertama kalinya, memang rahimnya agak lemah sebab baru nak adapt dengan keadaan yang baru (mengandung)


Alhamdulillah, HB aku ada naik sikit berbanding dengan sebelum ni..
Banyak juga la aku telan sumber-sumber laut..


Dengan kepah, lala, udang lipan, ketam, kerang, sayur-sayuran hijau dan pelbagai lagi..
Suami aku kata, waktu mengandung ak boleh minum air kelapa, tebu, tak boleh makan buah betik nanas, sayur keladi dan beberapa jenis buah yang lain..
Sebab tajam dan tak sesuai untuk trimester pertama ni.. 


Setiap bulan, wajib hadir ke appointment..
Almaklumlah, kena ambil darah dan buat ujian air kencing..
Dan dua bulan sekali appoinment dengan nutritionist..
Sebab perlu jumpa nutritionist adalah ekoran dari masalah HB yang rendah..


Nutritionist ni la yang akan bimbing ibu-ibu mengandung dari segi pemakanan..
Apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh dimakan..


Nutritionist kata, vitamin C yang paling banyak dalam buah terkandung dalam buah jambu batu.. 
Dan beliau juga menyarankan agar memakan makanan sunnah seperti buah delima dan kurma..


Kopi, air berkoko, air bercoklat, coklat, teh dan segala yang bercaffein, semua aku tak boleh makan..
Aku berpantang..
Sebab makanan-makanan tu membuatkan ubat-ubat yang aku makan tu tidak berfungsi..


Apa-apa pun bila mengandung ni banyak kena jaga..
Gerakan tak boleh lasak dan ganas..
Kena cermat dan lembut..
Almaklumlah, macam-macam boleh jadi..


Bulan ni aku ada 2 appointment yang perlu aku hadir..
Aku harap, HB aku kembali normal..
Lagi sikit je nak normal..
Ni semua atas usaha suami aku dok 'menyumbat' seafood sepanjang bulan Ramadhan hari tu..
Hahaha..


Oh ya, waktu usia kandungan 3 bulan, 
Alu alami pendarahan selaman 5 hari..
Tapi, nanti la aku cerita di post yang akan datang..
InsyaaAllah..


Doakan kesihatan aku dan baby berada dalam keadaan baik sehingga ia dilahirkan..


To be continued

Written By Siti Khadijah Halil

SELAMAT DIIJABKABULKAN

Tanggal 2 Disember 2016 yang lalu, aku telah selamat diijabkabulkan yang berwalikan ayah aku dengan sekali lafaz sahaja..
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan walaupun banyak juga la perkara-perkara yang tak berkenan berlaku..


Antara perkara-perkara yang tak berkenan berlaku adalah mulut-mulut puaka orang sekeliling..
Siap nak siasat pasal suami aku..
Yang dengki pun ada..


Nasib baiklah suami aku ni pesen faham keadaan dan pe'el pelik-pelik family besar aku ni cemana..
Jadi, dia dah bagi tau colleagues dia awal-awal,

"If someone looking for me, tell them that I'm dead"

Ya la, aku ni kan duduk di bawah tempurung, tak berapa bergaul sangat dengan orang..
Jadi, most of them rasa pelik la kot cemana boleh kenal dengan suami aku ni haa..
Dah la doktor pakar sakit puan, programmer, sub-contractor, entrepreneur pun ya juga..
Background family pun hebat-hebat..
Jadi, diorang macam pelik la kan, aku dapat kenal dengan seseorang yang tak seberapa nak sekufu dengan diri aku..


Ada juga yang perangai pelik-pelik yang lain..
Ada yang kami dah jemput datang kenduri waktu akad nikah dan walimah, tapi dia kata kami tak jemput dan macam-macam lagi la pe'el yang sememangnya terhape-hape..


So, aku time tu rasa macam bengang pun ada..
Perlu ke nak sembah macam raja mereka-mereka tu..?
Tak perlu langsung..


Actually, tak kisah langsung dengan orang-orang macam tu..
Cuma, memandangkan mereka ini adalah dari kalangan saudara -mara, jadi terpaksalah layan lebih sikit..
Gedik pun gedik la..
Ah, persetankanlah semua tu..!


So, pada malam 2 Disember 2016, selepas Isyak aku pun bernikah..
Bertemakan warna hijau emerald gelap..
Malam tu, tok kadi hampir terlupa sebenarnya..
Clumsy juga la mencari nombor telefon tok kadi..
Kang tak kahwin pula kami..
Hahaha..


Kami buat majlis akad nikah di surau taman perumahan mama dan ayah aku..
Ramai juga yang hadir pada malam tu..
Saudara mara sebelah suami aku, ada yang datang dari jauh..
Dari Dubai, Melaka dan dari berbagai-bagai negeri dan negara lain..


Yang dari Melaka tu sanggup datang semata-mata nak tengok live akad nikah..
Sebab mereka ada kerja pada keesokan harinya..
Bayangkanlah, malam tu mereka sampai dari Melaka, dan malam tu juga bertolak pulang ke Melaka..


Tema kami pada malam tu adalah hijau..
Keluarga suami aku semua pakai hijau..
Berboria gitu..


Aku mendapat sebentuk cincin custom made sebagai tanda pernikahan kami..
Dan aku juga mendapat seutas rantai dari kakak ipar dan kak biras aku..


Keesokan harinya pula merupakan hari walimah kami..
Kami gabung majlis..
Dan tema kami pada hari itu adalah putih ungu..
Tapi, dress kami lebih kepada warna putih..
Ungu tu saja-saja menambah kombinasi..


Kami tiada pelamin, tiada tepung tawar..
Yang ada cumalah makan beradab bersama kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan..
Dulang hantaran pula, aku dapat di kedua-dua majlis pertunangan dan pada malam pernikahan..
Tapi, itu semua memang pemberian daripada keluarga suami aku..
Kata mereka,

"Tak perlu apa-apa balasan"

Actually, aku merupakan first love suami aku..
Since suami aku tak pernah langsung bercinta meskipun kawan-kawannya ramai je..
Kalau ikutkan family suami aku, diorang mahu cari calon import dari India untuk suami aku..
Tapi, suami aku tak mahu..
Sebab susah nanti kawan-kawannya nak communicate nanti..


Kawan-kawan aku ada la beberapa orang yang aku jemput..
Bukan apa, aku memang dah tak berhubung sangat dengan diorang..
Lepas study, terus lost contact..
Kecuali dengan kawan-kawan di AIM..
Tapi, betul-betul sekadar roommates aku saja yang aku jemput..


Cikgu-cikgu sekolah, aku jemput..
Dan mereka hadir..
Almaklumlah, cikgu-cikgu sekolah dulu memang geng mesyuarat tingkap..
Rajin juga dulu aku pergi bilik guru, duduk dekat tingkap bilik guru tu semata-mata nak bergosip dengan cikgu..
Oh kenangan sungguh la..!


Oh ya, untuk honeymoon, suami aku bawa ke Venice, Italy..
Suami aku ni kaki jalan, kaki camping dan macam-macam jenis kaki lagi la..
Tapi, antara naik flight dan riding, dia lebih suka riding..
No wonder, banyak negara dah suami aku pergi secara riding bersama kawan-kawannya..


Aku dengan suami aku ni, ada banyak perbezaan..
Kalau aku jenis senyap dan suka bersendiri, suami aku pula suka bercakap dan tersangatlah peramah..
Jadi, lepas kahwin ni, live aku berbeza sangat dari zaman bujang-bujang..


Kalau dulu terperap dalam bilik tak keluar setahun pun tak apa,
Kali ni, setiap hari mesti keluar rumah dan balik rumah pun dekat-dekat nak Subuh..


Kadang-kadang, aku ikut suami aku pergi kerja..
Yala, duduk rumah sunyi..
Sorang-sorang pulak tu..
Jiran tetangga pun aku tak berapa nak kenal..
Jadi, lagi elok kalau aku ikut suami aku ke mana sahaja dia pergi..


Kehidupan suami aku yang busy juga buat aku kekangan masa..
Duduk rumah betul-betul untuk mandi dan tidur sahaja..
Makan semua di luar..


Suami aku tak bagi aku buat kerja rumah..
Sayang aku sangat-sangat katanya..
Tapi, tak ada la aku tak buat langsung kerja rumah..
Yang ringan-ringan macam lipat kain, sapu sampah, basuh pinggan tu aku buat la..
Takkan nak biar berulat macam tu je kan..?


Apa-apa pun kehidupan selepas kahwin ni lagi banyak cabarannya..
Kalau dulu perangai ego punyalah tinggi, sekarang ni kena banyak beralah..
Perlu ada give and take supaya masalah rumahtangga tidak berlarutan..


To be continued

Written By Siti Khadijah Halil

NO RELATIONSHIP IS PERFECT

No relationship is perfect. 
As much as you would want it to be perfect, it will never be perfect. 
It's always good before it gets bad, it's always easy before it gets hard, and it always feels perfect before it gets real. 


You'll always see the best in each other before you bring out the worst of each other. 
As the connection gets deeper and the attachment gets stronger, that's when you're gonna see just exactly how vulnerable you've made yourself to each other. 
That's when the flaws and faults start to show themselves. 
That's when the problems and differences start to settle in. 


This is where most people give up because now everything is too complicated or too difficult and that's when they try to find someone better.
But the thing is even with someone better, it's never going to be perfect. 


It's not about being with someone better or having that perfect relationship.
It's about knowing the value of what you have right in front of you and making it work despite the challenges it may bring. 


Sure, it feels amazing when you two get along and it feels miserable when you two argue.
But the beauty in that is being able to always find your way back to each other when you're on the verge of losing one another because that goes to show that it's something worth fighting for and it's meant to be saved. 


So there might not such a thing as a perfect relationship, but a beautiful one..? 
Yeah, those do exist because what's beautiful isn't always perfect, and it's something we all deserve.


- Teddy Nguyen -

Written By Siti Khadijah Halil

WOMEN AND PMS

Maybe I had a bad day at work. 
Maybe I'm sick of the rain. 
Maybe I'm having the period from Hell. 
Or maybe I just need to be fed. 


But the root of my mood is the least important thing right now.
Remember that I'm sorry.
If anything I said hurt you, I'm sorry.


I tend to say cruel things I don't actually mean when I'm in a mood.
But just because they're fueled by anger doesn't mean that they don't hurt you.
But remember that I'm also not sorry.


I won't apologize for having feelings, for being a person.
Let me be.
Let me feel.
I know it sucks, but in this moment, I'm moody.


And there's nothing you can do to change that, except let me let it all out.
So, it can go away.
Remember that I'm human.


We all have good days, and bad days.
And sometimes I have good days for absolutely no reason.
And sometimes I have bad days for absolutely no reason.
Remember that it's not you.


If you were the problem - if you were the reason why I'm moody right now,
Trust me, you would know.


Whatever it is, you need to let me feel it.
No judgments.
Remember that I love you, and that you love me.


And even though I'm in one of my moods,
Even though I'm being a total pain in the ass right now,
Remember that this is a part of me.


This is a part of the woman you love, the person you fell for.
Remember that you get into moods, too.


I'm not crazy.
I'm just being crazy for the time being.
And, like me, you're human.
You do the same thing.


While you don't have PMS, you definitely have a time of the month where you get moody as hell.
So put yourself in my shoes when you're in a bad mood, how do want to be treated..?


Remember that if I wanted to be alone, I would be alone.
You're here, because despite my mood, I need you by my side.
I want you by my side.
While it may not show, knowing you're here with me makes me feel better.
Because you make me feel safe, like everything's gonna be okay.

Written By Siti Khadijah Halil