SELAMAT DIIJABKABULKAN

Tanggal 2 Disember 2016 yang lalu, aku telah selamat diijabkabulkan yang berwalikan ayah aku dengan sekali lafaz sahaja..
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan walaupun banyak juga la perkara-perkara yang tak berkenan berlaku..


Antara perkara-perkara yang tak berkenan berlaku adalah mulut-mulut puaka orang sekeliling..
Siap nak siasat pasal suami aku..
Yang dengki pun ada..


Nasib baiklah suami aku ni pesen faham keadaan dan pe'el pelik-pelik family besar aku ni cemana..
Jadi, dia dah bagi tau colleagues dia awal-awal,

"If someone looking for me, tell them that I'm dead"

Ya la, aku ni kan duduk di bawah tempurung, tak berapa bergaul sangat dengan orang..
Jadi, most of them rasa pelik la kot cemana boleh kenal dengan suami aku ni haa..
Dah la doktor pakar sakit puan, programmer, sub-contractor, entrepreneur pun ya juga..
Background family pun hebat-hebat..
Jadi, diorang macam pelik la kan, aku dapat kenal dengan seseorang yang tak seberapa nak sekufu dengan diri aku..


Ada juga yang perangai pelik-pelik yang lain..
Ada yang kami dah jemput datang kenduri waktu akad nikah dan walimah, tapi dia kata kami tak jemput dan macam-macam lagi la pe'el yang sememangnya terhape-hape..


So, aku time tu rasa macam bengang pun ada..
Perlu ke nak sembah macam raja mereka-mereka tu..?
Tak perlu langsung..


Actually, tak kisah langsung dengan orang-orang macam tu..
Cuma, memandangkan mereka ini adalah dari kalangan saudara -mara, jadi terpaksalah layan lebih sikit..
Gedik pun gedik la..
Ah, persetankanlah semua tu..!


So, pada malam 2 Disember 2016, selepas Isyak aku pun bernikah..
Bertemakan warna hijau emerald gelap..
Malam tu, tok kadi hampir terlupa sebenarnya..
Clumsy juga la mencari nombor telefon tok kadi..
Kang tak kahwin pula kami..
Hahaha..


Kami buat majlis akad nikah di surau taman perumahan mama dan ayah aku..
Ramai juga yang hadir pada malam tu..
Saudara mara sebelah suami aku, ada yang datang dari jauh..
Dari Dubai, Melaka dan dari berbagai-bagai negeri dan negara lain..


Yang dari Melaka tu sanggup datang semata-mata nak tengok live akad nikah..
Sebab mereka ada kerja pada keesokan harinya..
Bayangkanlah, malam tu mereka sampai dari Melaka, dan malam tu juga bertolak pulang ke Melaka..


Tema kami pada malam tu adalah hijau..
Keluarga suami aku semua pakai hijau..
Berboria gitu..


Aku mendapat sebentuk cincin custom made sebagai tanda pernikahan kami..
Dan aku juga mendapat seutas rantai dari kakak ipar dan kak biras aku..


Keesokan harinya pula merupakan hari walimah kami..
Kami gabung majlis..
Dan tema kami pada hari itu adalah putih ungu..
Tapi, dress kami lebih kepada warna putih..
Ungu tu saja-saja menambah kombinasi..


Kami tiada pelamin, tiada tepung tawar..
Yang ada cumalah makan beradab bersama kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan..
Dulang hantaran pula, aku dapat di kedua-dua majlis pertunangan dan pada malam pernikahan..
Tapi, itu semua memang pemberian daripada keluarga suami aku..
Kata mereka,

"Tak perlu apa-apa balasan"

Actually, aku merupakan first love suami aku..
Since suami aku tak pernah langsung bercinta meskipun kawan-kawannya ramai je..
Kalau ikutkan family suami aku, diorang mahu cari calon import dari India untuk suami aku..
Tapi, suami aku tak mahu..
Sebab susah nanti kawan-kawannya nak communicate nanti..


Kawan-kawan aku ada la beberapa orang yang aku jemput..
Bukan apa, aku memang dah tak berhubung sangat dengan diorang..
Lepas study, terus lost contact..
Kecuali dengan kawan-kawan di AIM..
Tapi, betul-betul sekadar roommates aku saja yang aku jemput..


Cikgu-cikgu sekolah, aku jemput..
Dan mereka hadir..
Almaklumlah, cikgu-cikgu sekolah dulu memang geng mesyuarat tingkap..
Rajin juga dulu aku pergi bilik guru, duduk dekat tingkap bilik guru tu semata-mata nak bergosip dengan cikgu..
Oh kenangan sungguh la..!


Oh ya, untuk honeymoon, suami aku bawa ke Venice, Italy..
Suami aku ni kaki jalan, kaki camping dan macam-macam jenis kaki lagi la..
Tapi, antara naik flight dan riding, dia lebih suka riding..
No wonder, banyak negara dah suami aku pergi secara riding bersama kawan-kawannya..


Aku dengan suami aku ni, ada banyak perbezaan..
Kalau aku jenis senyap dan suka bersendiri, suami aku pula suka bercakap dan tersangatlah peramah..
Jadi, lepas kahwin ni, live aku berbeza sangat dari zaman bujang-bujang..


Kalau dulu terperap dalam bilik tak keluar setahun pun tak apa,
Kali ni, setiap hari mesti keluar rumah dan balik rumah pun dekat-dekat nak Subuh..


Kadang-kadang, aku ikut suami aku pergi kerja..
Yala, duduk rumah sunyi..
Sorang-sorang pulak tu..
Jiran tetangga pun aku tak berapa nak kenal..
Jadi, lagi elok kalau aku ikut suami aku ke mana sahaja dia pergi..


Kehidupan suami aku yang busy juga buat aku kekangan masa..
Duduk rumah betul-betul untuk mandi dan tidur sahaja..
Makan semua di luar..


Suami aku tak bagi aku buat kerja rumah..
Sayang aku sangat-sangat katanya..
Tapi, tak ada la aku tak buat langsung kerja rumah..
Yang ringan-ringan macam lipat kain, sapu sampah, basuh pinggan tu aku buat la..
Takkan nak biar berulat macam tu je kan..?


Apa-apa pun kehidupan selepas kahwin ni lagi banyak cabarannya..
Kalau dulu perangai ego punyalah tinggi, sekarang ni kena banyak beralah..
Perlu ada give and take supaya masalah rumahtangga tidak berlarutan..


To be continued

Written By Siti Khadijah Halil

No comments: