Aku telah disahkan hamil pada bulan Februari yang lalu..
Last period aku pada 8th Februari..
Jadi, jangkaan usia kandungan yang berada di dalam rahim aku ini berkemungkinan berusia 6 bulan..
Doktor pun tak sure usia kandungan aku sebab kandungan aku nampak sedikit besar dari usia..
Dan due date pun berkemungkinan awal dua minggu dari jangkaan doktor..
Kalau ikut perancangan aku dan suami, kami mahu merancang untuk tidak mempunyai anak di awal usia perkahwinan..
Nak enjoy dulu setahun dua dan selepas tu barulah plan untuk mempunyai anak..
Tapi, apakan daya..
Kita hanya mampu merancang dan Allah juga merancang untuk semua hamba-hambaNya..
Rezeki Allah nak beri, jadi ambil saja la..
Orang lain ada yang bertahun berusaha untuk dapatkan anak..
Tapi, ada yang diberikan ujian kesihatan..
Dan ada juga yang masih diizinkan Allah SWT..
Kandungan aku sihat alhamdulillah..
Baby tersangatlah aktif..
Kejap ke kiri, sekejap ke kanan..
Ada sekali tu pergi scan, baby sedang melambai-lambai..
Tak sabar nak jumpa kami gamaknya..
Hahaha..
Dalam fasa mengandung ni,
Aku menghidapi anaemia..
Iaitu haemoglobin (Kepekatan darah merah) dalam darah tersangatlah rendah..
Almaklumlah, dulu seorang..
Sekarang badan dan darah share untuk dua orang..
Doktor kata, uri aku ke bawah sikit..
Tapi, by time insyaaAllah uri akan naik dan kembali normal seperti sedia kala..
Doktor beritahu lagi, untuk ibu mengandung buat pertama kalinya, memang rahimnya agak lemah sebab baru nak adapt dengan keadaan yang baru (mengandung)
Alhamdulillah, HB aku ada naik sikit berbanding dengan sebelum ni..
Banyak juga la aku telan sumber-sumber laut..
Dengan kepah, lala, udang lipan, ketam, kerang, sayur-sayuran hijau dan pelbagai lagi..
Suami aku kata, waktu mengandung ak boleh minum air kelapa, tebu, tak boleh makan buah betik nanas, sayur keladi dan beberapa jenis buah yang lain..
Sebab tajam dan tak sesuai untuk trimester pertama ni..
Setiap bulan, wajib hadir ke appointment..
Almaklumlah, kena ambil darah dan buat ujian air kencing..
Dan dua bulan sekali appoinment dengan nutritionist..
Sebab perlu jumpa nutritionist adalah ekoran dari masalah HB yang rendah..
Nutritionist ni la yang akan bimbing ibu-ibu mengandung dari segi pemakanan..
Apa yang boleh makan dan apa yang tak boleh dimakan..
Nutritionist kata, vitamin C yang paling banyak dalam buah terkandung dalam buah jambu batu..
Dan beliau juga menyarankan agar memakan makanan sunnah seperti buah delima dan kurma..
Kopi, air berkoko, air bercoklat, coklat, teh dan segala yang bercaffein, semua aku tak boleh makan..
Aku berpantang..
Sebab makanan-makanan tu membuatkan ubat-ubat yang aku makan tu tidak berfungsi..
Apa-apa pun bila mengandung ni banyak kena jaga..
Gerakan tak boleh lasak dan ganas..
Kena cermat dan lembut..
Almaklumlah, macam-macam boleh jadi..
Bulan ni aku ada 2 appointment yang perlu aku hadir..
Aku harap, HB aku kembali normal..
Lagi sikit je nak normal..
Ni semua atas usaha suami aku dok 'menyumbat' seafood sepanjang bulan Ramadhan hari tu..
Hahaha..
Oh ya, waktu usia kandungan 3 bulan,
Alu alami pendarahan selaman 5 hari..
Tapi, nanti la aku cerita di post yang akan datang..
InsyaaAllah..
Doakan kesihatan aku dan baby berada dalam keadaan baik sehingga ia dilahirkan..
To be continued












No comments:
Post a Comment