Tadi aku keluar beli kain tudung.
Kakak ipar aku nak.
Dia berkenang aku pakai tudung warna beige.
Katanya nak pakai waktu kenduri nanti.
2 Februari ni aku ada kenduri di Penang.
Rumah sepupu suami aku.
Sepupu suami aku tu lelaki.
Dan dia juga merupakan anak angkat kepada arwah nak mertua aku.
Ini merupakan perkahwinan kedua dia setelah jadi duda sekali.
So, esok aku hantar kain oada Kak Nang.
Kak Nang ni power menjahit.
Style apa nak bagitau je.
Asalkan ada contoh.
Upah pun mur-mur je.
Purdah, tudung aku semua dia yang jahitkan.
Aku cadang lepas ni nak hantar kain baju pulak memandangkan aku ada terlalu banyak kain pasang yang mak aku bagi.
Tak tahulah sama ada nak buat jubah atau baju kurung.
Hari tu aku pakai baju kurung di majlis doa selamat dan tahlil arwah kak ipar aku.
Anak-anak buah suami aku semua pakai tegur aku pakai baju kurung.
Terus terang aku katakan, "Mami terpaksa je pakai baju kurung ni. Sebab Mami tak suka baju kurung".
Aku nampak gemuk kalau pakai baju kurung.
Mungkin sebab corak baju kurung tu besar-besar.
Jadi effect untuk nampak gempal tu ada.
Nak nampak kurus tinggi, pakai kain bercorak jalur menegak dan corak yang kecil-kecil.
Warna pun ada bagi kesan gemuk kurus juga.
Warna gelap bagi effect kurus.
Warna terang, bagi effect berisi.
Terpulang pada masing-masing.
Aku pun kadang-kadang tak tengok sangat corak ni.
Prefer plain je.
Dan suka warna yang terang.
Pastel tu suka juga, tapi suami aku pulak tak berkenan.
Sebab tu baju blouse aku banyak warna merah, maroon, hot pink etc.
Memang terang ang-ang.
Lagi pun warna pastel ni kalau kotor cepat nampak.
Pastu, suami aku suka aku pakai tudung ustazah tu.
Senang katanya.
Sarung je.
Tak payah lilit belit.
Cepat.
Tapi sekarang ni aku dah mula pakai shawl balik.
Shawl dan bawal.
Mana-mana yang aku terasa nak pakai.
Macam-macam style.
Sebab aku tak nak nampak selekeh.
Bila pakai tudung ustazah tu, kadang-kadang orang takut nak dekat.
Sebab ramai yang bertudung labuh ni berkepam.
Pakai tudung yang sama berkali-kali.
Jadi, orang lain yang menjaga imej ni pun turut terkena tempias.
Padahal aku ni wajib berwangi-wangian sebelum keluar rumah.
Dalam rumah pun aku berperfume even nak masuk tidur.
Pakai shawl, pastikan labuh.
Ukuran shawl yang aku pakai sekarang ni 2 meter kali 0.75 meter.
Tapi aku rasa nak suruh Kak Nang jahitkan shawl pulak.
Ukuran yang aku nak buat 2.3 meter kali 0.8 meter.
Memang labuh gila ni.
Bila over labuh ni, nak belit ke jerut ke, pun tak payah risau jika shawl tu tersenteng.
Ukuran 2 meter yang aku pakai sekarang ni pun limited jugak la gaya yang aku boleh buat.
Makin banyak belit, makin memendekkan tudung.
Bukan apa, bagi aku imej ni penting.
Cerminan suami juga.
Kalau pakaian suami kemas, maksudnya isteri dia jaga elok.
Begitu jugak sebaliknya
Jadi, memandangkan aku selalu ikut suami aku jumpa customers, kawan-kawan dia, jadi aku kena maintain imej aku.
Supaya orang tak mengata suami aku kalau aku nampak hideous.
Dulu sebelum kahwin aku tak berfesyen pun.
Tak berapa reti.
Kalau reti pun malas nak menonjol-nonjol.
Time mengandung dulu, secalit bedak pun aku tak pakai.
Kulit flawless gila.
Syok time tu.
Dah la tak makeup, kulit tak pucat.
Berseri, merah-merah pink-pink time tu.
Sebiji biji-biji pun takde.
Apatah lagi jerawat.
Hormon aku beramah mesra sampai tak tumbuh langsung musuh-musuh kulit tu.
Sekarang ni wajib pakai.
Tu yang setiap bulan suami bawa beli barang-barang untuk penampilan aku ni.
Dari nak beli krim muka je, suami aku belikan benda-benda lain sekali.
Makeup remover la apa la.
Tapi berbaloi la kalau beli pun.
Bukannya habis dalam masa sebulan.
Bertahun juga nak habis.
Ni semalam dia belikan aku minyak wangi.
Sebab dia tahu aku ni suka sangat minyak wangi.
Pelbagai bau.
Jadi boleh tukar-tukar.












No comments:
Post a Comment