Tanggal 1 Januari 2019 iaitu pada jam 10.15 minit malam, kakak ipar dikhabarkan sesak nafas.
Meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital, di dalam ambulans.
Sebelum ni, kak ipar aku ni pernah didiagnosed suspect TB.
Tapi suspect je la.
Tak confirm TB pun.
Meninggal sebab serangan jantung.
Padahal tak ada sakit jantung pun.
Semua tu asbab dunia.
Lebih kurang jam 3 pagi, kami semua bertolak dari Alor Setar ke Taiping.
Berhenti rehar di R&R mana entah sebab mengantuk.
Tak tidur lagi kan malam tu.
Kami tiba di Taiping pada jam 6.30 pagi.
Terus ke rumah arwah, kot-kot ada orang.
Tapi tiada orang.
Tapi sliding door terbuka.
Gril je berkunci.
Jadi kami tutup pintu, dan terus ke hospital.
Sebab jenazah masih di bilik mayat.
Sebab procedure Hospital Taiping ni kata, tak ada pakar nak sign surat mati.
Suami aku cakap,
"Hospital dalam hutan ni memang lambat betul process. Kalau hospital dia, cepat je"
Petang sebelum arwah meninggal tu, elok je aku nampak whatsapp status dia dok celebrate birthday sepupu suaminya.
Paling terkesan sepupu suami kepada arwah kak ipar aku tu la.
Sebab arwah jaga dia macam anak sendiri.
Bagi makan cukup sepanjang bermastautin di Malaysia ni.
Bila kematian ni berlaku, of course la ramai saudara mara yang jauh dan dekat datang ziarah.
To pay their last respect.
Tapi terkilan juga la dengan iemaah Melayu ni.
Suami arwah ni warganegara India asalnya.
Sekarang ni je dah dapat IC Malaysia.
Sebab dah duduk Malaysia ni lebih 15 tahun.
Bila bagitau jemaah Melayu ni, jawapan diorang,
"Selama ni tak nampak pun dekat masjid"
Like, what the hell, man?
Dalam keadaan nak minta uruskan jenazah ni pun, still nak mempertikaikan perkara yang tak sepatutnya dipertikaikan.
Dia ingat masjid melayu je la yang ada dekat Taiping tu?
Biras aku (suami kepada arwah), dia tu asalnya India.
Bahasa ibunda dia pun tamil.
Tapi boleh la cakap Melayu.
Sepupu dia pun sama, dari India.
Bahasa ibundanya tamil.
Anak arwah boleh la cakap tamil, bahasa melayu.
Jadi, memandangkan diorang ni pun berbangsa India, jadi diorang berjemaah di Masjid India, Taiping.
Masjid mamak.
Jemaah Melayu yang banyak cengkadak ni memang macam haram perangai.
Lastly, pengurusan jenazah diuruskan terus oleh pihak hospital.
Dan seterusnya, jenazah dibawa terus je Masjid India.
Disolatkan dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jambu, Taiping.
Keluarga sebelah suami aku ni tak berapa tahu sangat hukum agama.
Yang free hair pun masih ramai lagi.
Jadi bila berlakunya kematian, masing-masing dok bertanya aku boleh ke depa (mereka) nak tengok jenazah arwah, sekian-sekian.
Takut la kan, nanti aurat tak dijaga jika dilihat oleh bukan mahram.
Dari jam 8 pagi, kami duduk di Unit Forensik Hospital Taiping.
Katanya, pukul 8 baru pakar ada.
Pukul 10 baru boleh mandikan jenazah.
Aku pun turut mandikan jenazah sekali.
Arwah sayang sungguh pada anak aku.
Boleh dikatakan hampir setiap hari bervideo call dengan Alif.
Kadang-kadang, bila arwah rindu sangat pada Alif, sanggup dia datang ke Alor Setar.
Walaupun jumpa Alif tak sampai setengah jam.
Sebelum Zohor kebumi.
Mamak ni tak ada bacaan talkin.
Tak kisahlah kan.
Bukan wajib pun.
Nak buat-buat.
Tak nak pun tak pe.
Lepas kebumi, kitorang balik semula ke Masjid India.
Buat tahlil.
Berehat sekejap, then balik rumah arwah.
Mandi etc dan sebelum maghrib, dah bertolak balik.
Aku la payah sikit.
Period time tu.
Duduk luar je la.
Macam aku cakap tadi, family suami aku ni tak tahu hukum hakam sangat.
Sampai dok push aku duduk di bilik solat perempuan.
Kalau ikutkan, aku ni nak masuk masjid pun tak boleh.
Ni nak melewati dalam masjid.
Rasa nak ketuk je sekor-sekor yang paksa aku masuk masjid ni.
Ingat aku sengaja nak duduk dekat area wudhuk laki tu? 😒😒
Dengan dukung Alif yang merengek tak sudah nak berkepit.
Haih, sabar je la.a












No comments:
Post a Comment