Waktu aku berpantang dulu, bukanlah aku berpantang sangat.
Aku perlu manage hal family aku yang tunggang langgang.
Lepas dari aku kahwin, parents aku dah tak bertegur di antara satu sama lain.
Bagi aku, masing-masing ada salah.
Biasalah manusia.
Apatah lagi perhubungan sebagai suami isteri.
Beberapa kali juga la aku berulang alik ke Mahkamah Syariah untuk kes parents aku ni.
Dan selesai berpantang, aku bawa mak aku sekali balik ke sini.
Tapi, mak aku nak duduk di rumah Mak Ngah aku di Perlis.
Jadi, hantar je la ke sana bersama opah dan anak kepada arwah Pak Cu aku.
Parents aku decided untuk berpisah.
Tapi keputusan untuk berpisah tu datang dari kehendak mak aku sendiri.
Aku sedih.
Aku dah agak benda tu akan berlaku.
Walaupun dalam kes diorang ni aku nampak banyak salah ayah aku yang culas dalam beberapa hal.
Even aku sendiri pernah dipukul teruk waktu kecil dulu sampai aku rasa trauma hingga ke hari ini.
Dan aku tak pernah ceritakan tentang hal itu pada sesiapa pun sampailah aku kenal suami aku.
Dengan harapan bila orang tahu apa yang aku hadapi ni, dia akan simpati dan tak mudah tinggalkan aku.
Pernah kau sedang nyenyak-nyenyak tidur, tetiba kau didatangi oleh insan bernama Ayah, tiba-tiba sahaja pukul kau teruk hanya kerana kau lewat buka pintu rumah?
Padahal pada waktu itu, kau pun tertidur di ruang tamu, di hadapan kabinet TV.
Dan dia mengamuk seusai balik melepak dan mengopi.
Sebab itu aku kadang-kadang tersangat cemburu bila tengok kawan-kawan lain boleh rapat dengan ayah diorang.
Boleh gurau-gurau manja.
Sebab aku tak pernah rasa benda tu.
Teringin jugak nak ada family macam orang lain.
Yang hidupnya sederhana, tapi boleh berjemaah sama-sama di rumah.
Sebab aku tak pernah rasa benda tu juga.
Sedih!
Tapi walau apa pun, aku tetap sayangkan Ayah aku walaupun aku ada banyak kenangan buruk dengan dia yang aku cuba untuk lupakan.
Setiap minggu aku cuba untuk bertanya khabar padanya.
Walaupun sekadar memalui perbualan telefon.
Mak aku pula, dia seorang wanita yang hebat.
23 tahun dia bertahan demi anak-anak.
Sampai opah aku pun terkejut yang keluarga aku ni tak la seindah mana yang orang lihat.
(Bersambung)












No comments:
Post a Comment