Disebabkan sejarah lalu aku tu lah, aku kadang-kadang takut dengan lelaki.
Sebab hidup aku ni bila jumpa lelaki je, semuanya yang tak baik je yang aku jumpa.
Sebab tu jugalah, aku pernah berniat untuk tidak berkahwin, jadi anak dara tua.
Aku takut life aku nanti sama macam life mak aku.
Jadi sekarang ni, parents aku dah sah pun bercerai.
Ayah balik kampung, duduk sana, manage apa yang patut di sana.
Mak aku pula settle down di Selangor.
Ada business sendiri.
Lepas penceraian diorang tu, rumah aku di Tapah tu dijaga oleh adik lelaki aku.
Sebab dia kerja di Tapah.
Tak keluar dari pekan tu pun.
At least ada yang menjaga rumah dari terbiar begitu je.
Tu rumah sendiri di mana kami 3 beradik membesar.
Pahit manis semuanya ada di situ.
Lepas parents aku bercerai, aku nampak ayah lebih bertanggungjawab.
Adik bongsu aku masih belajar.
Jadi kalau sebelum ini duit belanja dia ditanggung oleh mak aku dari hasil jual kuih setiap hari, iaitu dalam RM25 seminggu, sekarang ni dia loaded dah sikit.
Ayah dah bagi belanja RM500 sebulan padanya.
Dia belajar bagus.
Dean list, alhamdulillah.
Ditambah dengan gaji kerja sambil belajar dia, ada la dalam RM2000 tak termasuk elaun.
Adik aku belajar sambil kerja.
Kelas dia pagi sampai tengah hari.
Then, petang dia kerja la.
Kerja pun di kedai buku popular dalam shopping mall.
Selesa la sikit.
Tak perlu berjemur, berpeluh.
Aku faham keadaan adik aku dulu.
Aku pun waktu di Shah Alam dulu pun RM25 je seminggu.
Bayangkanlah dengan RM25 tu la nak guna untuk makan, assignment, bas rapid.
Kadang-kadang, ada la jalan kaki dari fakulti ke kolej (asrama).
Jauh juga la.
Tapi nak jimat punya pasal, tak apa la.
Orang tak tahu kesusahan yang kita alami.
Orang ingat bila happy go lucky tu, semuanya okay la.
Hakikatnya banyak yang disembunyikan.
Tak nak orang tahu.
Sebab diri ini bukan jenis meminta-minta.
Malu nak minta-minta ni.
Macam nak raih simpati je.
Tu pandangan aku sendiri la.
Tapi seburuk-buruk kesilapan ayah aku, yang bagusnya ayah aku ni, dia tak pernah menipu.
Dia jujur.
Dan tentang hal aku kena pukul tu, bukan pukul biasa-biasa macam mak ayah mendidik anak, ni pukul tahap dilema.
Dan bukan hanya berlaku sekali.
Tapi berkali-kali.
Setiap kali aku ingat peristiwa-peristiwa tu, mesti berkaca mata aku ni.
Nak nangis.
Sebab tu juga la, aku lebih rapat dengan mak aku.
Dan tak pernah sekalipun aku upload gambar aku dengan ayah aku walau sekeping gambar.
Sebab bagi aku tak ada kenangan yang baik pun antara aku dengan ayah aku.
Cuma sekarang ni aku dah dewasa, dah berumahtangga.
Takkanlah aku nak ignore ayah aku meskipun diorang dah bercerai.
Aku cuba juga untuk tanya khabar, story mory walaupun kadang-kadang blur juga tak tahu nak cakap apa.
Oh ya, perkahwinan mak ayah aku ni juga sebenarnya tak ada restu.
Mak aku cerita, waktu opah aku datang meminangnya, opah aku pernah cakap, "Aku minang kamu ni sebab anak aku je yang nak"
Dan duit hantaran perkahwinannya pun diminta balik.
Tapi hal ini cuma diketahui oleh opah, mak aku, ayah aku dan Pak Uda.
Sebab mereka ni je yang ada di tempat kejadian.
5 beradik ayah aku yang lain tak tahu menahu pun tentang hal takde restu ni.
Jadi, inilah kebenarannya.
Aku rasa mungkin disebabkan tak ada restu ni lah, kehidupan mak ayah aku tak bahagia.
Sebab ada pihak yang tak memberkati hubungan mereka meskipun dah halal.
Mungkin juga opah aku pun terlupa dengan kata-katanya dulu tu.
Tapi tak apa lah.
Semuanya dah berlalu.
Masing-masing dah move on dengan kehidupan masing-masing.
Apa-apa pun aku tetap sayang parents aku walaupun kami tidak lagi hidup sebumbung.












No comments:
Post a Comment